Khamis, 30 Oktober 2008

Process Of Listening

Proses mendengar boleh digambarkan melalui lima langkah iaitu:

i. Menerima
ii. Memahami
iii. Mengingati
iv. Menilai
v. Maklum balas



5 PERINGKAT PROSES MENDENGAR

Pengenalan


Mendengar berlaku juga kesilapan. Sebagai contoh, pada peringkat menerima, penerima menerima sebahagian daripada mesej tetapi kerana adanya gangguan menyebabkan mesej tidak dapat diterima sepenuhnya.

Pendengar boleh memahami sebahagian mesej tetapi tidak boleh berkongsi maksud yang tepat dengan orang lain dan gagal untuk memahami sebahagian mesej yang lain.
Proses tersebut juga berlaku dengan cara yang sama pada peringkat mengingati, menilai dan memberi maklum balas. Maklum balas individu A bertindak sebagai perangsang kepada individu B dan bertukar pula daripada individu B sebagai perangsang kepada individu A.

Mendengar bukanlah proses memindahkan idea daripada fikiran orang yang bercakap kepada fikiran orang yang mendengar. Tetapi mendengar adalah proses di mana orag yang bercakap dan orang yang mendengar bekerjasama untuk mencapai matlamat untuk memahami antara satu sama lain.

i. MENERIMA

- Mendengar berlaku apabila kita memasang telinga atau apabila kita mendapat
rangsangan dari sesuatu bunyi.
- Dalam mendengar, kita menerima kedua-dua mesej verbal dan nonverbal-bukan sahaja
perkataan, tetapi juga isyarat, ekspresi muka, nada suara dan sebagainya.
- Untuk meningkatkan penerimaan:
- Beri perhatian kepada mesej verbal dan nonverbal.
- Melihat kepada maklum balas terhadap respon kepada mesej yang terdahulu dan mesej
yang akan datang.
- Mengelak daripada gangguan dalam persekitaran dan beri fokus kepada apa yang
diperkatakan oleh speaker.

ii. MEMAHAMI

- Merupakan peringkat di mana kita mempelajari apa yang dimaksudkan oleh speaker.
- Proses memahami mengambil kira kedua-dua pertimbangan antara pemikiran dengan
emosi-samada kebahagiaan atau kesedihan dalam mesej.
- Untuk meningkatkan pemahaman:
a. Hubungkan maklumat baru dengan maklumat yang sedia ada.
b. Melihat kepada isi kandungan mesej yang hendak disampaikan oleh speaker.
c. Elakkan daripada mempertikaikan mesej yang disampaikan.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, proses mendengar adalah sesuatu proses yang penting bagi seseorang individu agar mudah dapat memahami sesuatu perkara. Oleh itu, setiap individu perlu meningkatkan tahap penerimaan agar dapat memahami perkara yang disampaikan oleh penyampai.

Rabu, 29 Oktober 2008


Masalah Komunikasi Dalam Kumpulan Kecil Daripada Konteks

From: ashking, 11 hours ago








SlideShare Link

Meningkatkan Komunikasi Antara Budaya


Meningkatkan Komunikasi Antara Budaya

From: ashking, 44 minutes ago








SlideShare Link

maintaining conversaton


Maintaining Conversation

From: ashking, 35 minutes ago


Maintaining Conversation
View SlideShare presentation or Upload your own.






SlideShare Link



Rakaman ini disediakan oleh ahli kumpulan congkak untuk menggambarkan bagaimana masalah komunikasi dalam kumpulan kecil boleh terjadi kesan daripada perbezaan budaya antara setiap ahli.

Budaya Lewat!!!!

Selasa, 28 Oktober 2008

MASALAH KOMUNIKASI KUMPULAN KECIL DALAM KONTEKS BUDAYA

1.0 PENGENALAN

Untuk mengupas tajuk ini dengan lebih terperinci, kita perlu memahami beberapa konsep utama mengenai tajuk ini terlebih dahulu iaitu maksud kumpulan kecil dan budaya.

1.1 Kumpulan Kecil

Kumpulan kecil boleh dedifinisikan sebagai koleksi individu yang mana saling berhubung antara satu sama lain untuk tujuan tertentu dan memiliki darjah organisasi di antara mereka. Kebanyakan penyelidik mentakrifkan kumpulan kecil perlu dianggotai sekurang-kurangnya tiga orang ahli dan tidak lebih daripada dua belas atau lima belas ahli-ahli.
(Tim Moorhead, 1999)

Sekiranya ahli bagi sesuatu kumpulan itu kurang daripada 3 orang maka mudah untuk berlaku diad dan apabila ahli lebih daripada 12 orang pula kumpulan tersebut akan mengalami kesulitan.


Dalam kumpulan kecil, setiap ahli kumpulan mestilah bebas untuk berinteraksi dan bersikap terbuka dengan setiap ahli dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan mestilah memiliki satu tujuan atau matlamat bersama dan mereka perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat tersebut.


1.2 Budaya

Budaya berasal daripada perkataan Jawa iaitu " budaya ". Perkataan budaya merupakan hasil cantuman perkataan "budhi" dan "daya". Perkataaan "budhi" adalah perkataan yang dipinjam daripada bahasa sanskrit yang beerti kecergasan fikiran dan akal, manakala "daya" pula perkataan Melayu Polinesia yang bermakna 'kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh'. Apabila dicantumkan perkataan ini "budaya" akan membawa maksud 'tenaga fikiran, usaha rohani atau tenaga menggerakkan jiwa'.
(Kajian Kebudayaan Melayu, 1963)

Budaya dedifinisikan sebagai cara hidup yang dianggotai oleh orang yang menjadi anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat.
(Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, 2001)

Secara umumnya, budaya adalah cara hidup yang diamal oleh individu atau sekelompok individu(masyarakat). Ia merangkumi pelbagai peralatan yang dicipta dan diguna, cara berfikir serta kepercayaan yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Budaya tidak hanya merujuk kepada warisan, etnik atau bangsa, tetapi ia juga ditentukan oleh umur, jantina, umur, gaya hidup dan status ekonomi.
(Corey, 1991)


2.0 JENIS KUMPULAN


2.1 Kumpulan Perhubungan dan Kumpulan Kerja

2.1.1 Kumpulan sosial dan perhubungan ( Primary Groups)


Kumpulan yang pertama kali kita sertai dalam hidup seperti sistem keluarga, kumpulan kawan-kawan di sekolah atau mungkin jiran-jiran kita. Kebiasannya kumpulan ini menyediakan keperluan dalam perhubungan untuk penggabungan(affiliation), pengesahan(affirmation) dan kasih sayang(affection). Kumpulan jenis ini lebih berbentuk tidak formal.

2.1.2 Kumpulan Kerja/Tugasan (Secondary Groups)

Kumpulan ini dibentuk adalah bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Apabila sesuatu tugasan berjaya diselesaikan kumpulan ini akan dibubarkan. Kumpulan jenis ini lebih berbentuk formal dan ganjaran akan diterima hasil daripada penyelesaian sesuatu tugasan.


2.2 Kumpulan Rujukan dan Keanggotaan (Reference and Membership Groups)


2.2.1 Kumpulan rujukan


Kumpulan yang mana kita mendapat dan mempelajari nilai-nilai dan norma-norma tingkahlaku kita. Ia merukapan satu piawaian(standard) untuk kita membandingkan diri kita. Dengan kata lain, kita menilai kejayaan dan kegagalan kita berdasarkan kepada hasil yang diberikan oleh keseluruhan ahli dalam kumpulan rujukan. Kumpulan rujukan boleh jadi primary ataupun secondry.

2.2.2 Membership group

Iaitu kumpulan yang disertai oleh seseorang individu. Akan tetapi penyertaan dia dalam kumplan tersebut bukanlan bertujuan untuk menjadi kayu ukur. Penyertaan hanya sekadar penyetaan semata-mata. Sebagai contoh, penyeraan seseorang individu dalam unit beruniform kadangkala sekadar untuk memenuhi syarat sahaja.


3.0 FAKTOR-FAKTOR BUDAYA YANG MEMPENGARUHI MASALAH DALAM KUMPULAN KECIL


3.1 Jantina

Aspek jantina merupakan unsur yang terpenting dalam menentukan nilai, tindakan dan cara hidup seseorang. Dalam kebanyakan masyarakat, ahlinya diberi keistimewaan dan pengiktirafan tertentu berdasarkan jantinanya. Dengan itu, jantina menjadi penentu utama kepada tugas dan peranan yang diberikan. Misalnya dalam masyarakat Melayu, lelaki diberi keutamaan menjadi ketua atau pemimpin, khususnya dalam keluarga dan juga dalam kumpulan kecil. Dalam kumpulan kecil lelaki biasanya suka mendominasi kumpulan serta ahlinya, malah masalah yang wujud dalam kumpulan kecil juga sering ditimbulkan oleh lelaki.

3.2 Amalan

Amalan atau kebiasaan adalah asas kepada apa yang dikatakan sebagai tradisi. Ia merujuk kepada prosedur melakukan sesuatu yang diikuti oleh setiap ahli kelompok berkenaan dan generasi demi generasi. Misalnya, dalam setiap kelompok budaya etnik, terdapat prosedur tertentu (tradisi) untuk menyambut kelahiran bayi, perkahwinan dan kematian. Berkait rapat dengan tradisi ialah pantang larang. Setiap komuniti manusia mengenakan peraturan (pantang larang) tertentu bertujuan mengawal tingkah laku ahli. Pantang larang sebenarnya adalah manifestasi bagi apa yang penting bagi setiap kelompok.

3.3 Agama dan kepercayaan

Agama merupakan unsur yang amat penting dalam menentukan nilai, tindakan dan cara hidup atau amalan harian seseorang. Agama dan kepercayaan merangkumi setiap aspek kehidupan manusia. Agama yang memberi batas kepada perlakuan dan hubungan sosial antara manusia, juga hubungan dengan Pencipta dan alam. Kepercayaan pula merujuk kepada pantang larang sosial yang membimbing ahli dalam berinteraksi dengan orang lain. Kerapkali berlaku pertindangan antara dua jenis pantang larang ini. Namun, apa yang penting adalah kedua-dua pantang larang agama dan pantang larang sosial memberi batasan kepada tindakan dan perlakuan individu dan kelompok.


3.4 Bahasa dan polar komunikasi


Bahasa dan polar komunikasi akan tercipta bila mana wujud satu komuniti manusia. Dengan itu, setiapa komuniti manusia mempunyai bahasanya yang tersendiri. Bahasa memainkan peranan yang kritikal dalam identiti budaya kerana melalui bahasalah budaya diturunkan dari satu generasi ke generasi baru. Ungkapan ”Bahasa Jiwa Bangsa” menunjukkan bahasa adalah nadi sesuatu bangsa (etnik). Bahasa adalah merujuk kepada bagaimana kita mempamerkan diri kita. Bahasa merangkumi aspek lisan, aspek penulisan dan juga aspek tanpa lisan. Dalam kumpulan kecil, bahasa seringkali menyebab kepada masalah kerana adakalanya bahasa yang digunakan oleh seorang ahli berbeza dengan bahasa yang digunakan oleh ahli yang lain menyebabkan maksud yang hendak disampaikan sukar difahami. Bahasa juga seringkali membawa erti yang berbeza mengikut kefahaman budaya masing-masing.

3.5 Nilai

Nilai adalah merujuk kepada sesuatu yang diberi keutamaan atau dipentingkan, atas apa-apa sebab. Ia adalah sebahagian dari komponen dalaman kita yang membentuk persepsi kita dan menentukan perlakuan dan tindakan kita yang lepas, hari ini dan akan datang. Nilai membantu menjelaskan tentang diri kita dan perlakuan kita. Apa yang dinilai mungkin adalah satu idea, kepercayaan atau amalan. Nilai juga dipengaruhi oleh norma masyarakat, di mana terdapat nilai yang dikongsi bersama dengan ahli kelompok lain. Dengan itu, nilai bukan saja menentukan keunikan individu (nilai peribadi), tetapi juga merupakan ciri-ciri kelompok (nilai kelompok). Kerap kali nilai individu tidak dapat dikenal pasti dengan jelas. Namun ia terkandung dalam minda dan emosi di mana ia boleh diukur melalui penilaian peribadi. Dalam kumpulan kecil, nilai yang dipegang oleh ahli kumpulan biasanya sama. Sekiranya nilai yang dipegang ini tidak dapat diterima oleh semua ahli, situasi ini akan menimbulkan konflik.


3.6 Umur

Tahap umur seseorang mempengaruhi nilainya, tindakannya dan juga amalan hariannya. Begitu juga dengan interaksi sosial yang mana ia seringkali disesuaikan dengan usia seseorang. Biasanya ahli yang lebih berumur mahukan setiap ahli menghormatinya dan setiap pendapat yang dikemukakan olehnya perlu diterima oleh ahli kelompok yang lebih muda daripadanya. Selain itu, ahli yang berumur juga lebih sensitif dan merasakan ahli yang lebih muda daripadanya tidak layak untuk menegur setiap tindakannya walaupun tindakannya itu jelas melanggar norma-norma dalam kelompok kecil.

3.7 Etnik

Sejarah yang dilalui oleh sesuatu kelompok etnik akan mentukan world view ahlinya. Ini bermakna, setiap individu mempunyai nilai dan persepsi yang berbeza terhadap dunia kerana etnik yang berlainan. Dengan itu, interaksi sosial disesuaikan dengan etnik mereka yang terlibat. Dalam konteks kumpulan kecil, ada kalanya wujud ahli yang berbeza etnik. Perbezaan inilah yang kadang kalanya menimbulkan masalah dalam kumpulan ini. Perbezaan etnik inilah yang menyebabkan pelbagai persepsi timbul dan menyebabkan pertelingkahan dan seterusnya membawa kepada perpecahan dalam kumpulan kecil.


4.0 KESAN MASALAH KOMUNIKASI DALAM KUMPULAN KECIL

Masalah yang berlaku dalam kumpulan kecil yang pelbagai budaya akan menimbulkan pelbagai konflikasi. Konflik-konflik yang timbul ini akan mendatangkan beberapa kesan kepada individu dan kelompok. Kesannya dapat dibahagikan kepada dua iaitu kesan yang positif dan kesan yang negatif.


4.1 Kesan Positif

4.1.1 Meningkatkan Motivasi Diri

Bagi sesetengah individu yang dapat menerima konflik yang berlaku dalam kumpulan kecil pelbagai budaya ini akan menanggap ianya sebagai suatu masalah kecil yang boleh memotivasikan diri. Malahan, ia juga akan dapat meningkatkan kualiti kerja kerana setiap individu dalam kumpulan kecil pelbagai budaya ini mempunyai corak budaya yang pelbagai. Kepelbagaian budaya sama ada dari segi etnik, agama, bahasa, nilai, personaliti dan sebagainya amat mempengaruhi sesuatu keputusan yang dibuat.

4.1.2 Dapat Meningkatkan Kesefahaman

Selain itu, masalah yang wujud dalam kumpulan kecil yang pelbagai budaya ini juga akan dapat meningkatkan kesefahaman antara ahli. Kebijaksanaan ketua kumpulan mengawal ahli-ahli akan menyebabkan setiap ahli dapat menerima serta memahami jenis budaya individu lain dalam kumpulan yang sama. Kesefahaman yang dibentuk ini akan dapat menghasilkan kerja yang lebih baik dan lebih berkualiti.

4.1.3 Bersedia Untuk Berkongsi


Jika setiap individu dalam kumpulan memahami individu lain, maka akan timbul perasaan ingin berkongsi. Biasanya ia berkaitan dengan sesuatu perkara yang dibincangkan. Contohnya, apakah masalah yang wujud, bagaimana untuk mengatasinya, siapa yang terlibat dan sebagainya. Masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan mudah tanpa ada rintangan dan syak wasangka daripada orang lain dalam kumpulan itu.

4.1.4 Penerusan Ahli Dalam Kumpulan


Apa yang paling diiginkan, ahli-ahli dalam sesuatu kumpulan yang memahami antara satu sama lain walaupun pelbagai budaya akan cenderung untuk meneruskan pertalian dengan ahli dalam kumpulan mereka.


4.2 Kesan Negatif

4.2.1 Minda Tidak Fokus

Kumpulan yang menghadapi masalah dalam kumpulan kecil yang pelbagai budaya ini menyebabkan sesetengah individu tidak fokus kepada apa yang dibincangkan dalam kumpulan. Individu dalam kumpulan kecil akan cenderung untuk menerima pendapat ahli yang sama budaya dengannya. Hal ini akan bertambah teruk jika ianya terus berlarutan. Ini akan memberi kesan kepada kualiti sesuatu topik isu atau perbualan yang dibincangkan.

4.2.2 Suka Mengkritik

Kesan negatif yang lain adalah menyebabkan ada individu yang suka mengkritik. Hal ini berlaku mungkin disebabkan perasaan tidak puas hati kepada seseorang dalam kumpulan. Kadang-kadang, perkara yang sepatutnya senang untuk dibincangkan menjadi sukar kerana ada individu yang suka mengkritik dan tidak setuju dengan sesuatu pendapat orang lain.

4.2.3 Tidak Dapat Memberi Penjelasan Yang Bai
k

Akibat daripada permasalahan yang wujud, sesetengah individu akan mengalami masalah untuk berinteraksi dalam kumpulan. Hal ini akan menyebabkan ada individu yang tidak dapat memberi penjelasan yang baik tentang sesuatu perkara yang dibincangkan. Masalah ini wujud kerana terlalu ingin menjaga perasaan orang lain dalam kumpulannya terutama dari golongan yang pelbagai budaya dengannya. Kesannya, perkara yang hendak disampaikan tidak jelas dan isu yang dibincangkan tidak mencapai objektifnya yang sebenar.

4.2.4 Berlaku Salah Faham

Selain itu, masalah yang wujud dalam kumpulan juga akan mendatangkan kesan salah memahami sesuatu soalan dan perkara yang dibincang. Contohnya, individu A jenis yang suka cakap kuat. Manakala individu B pula tidak memahami budaya individu A. Sesuatu persoalan atau penyataan individu A kepada individu B akan mendatangkan konflik antara mereka kerana individu B tidak faham akan budaya individu A begitu juga sebaliknya. Individu B akan menganggap yang individu A memarahinya atau tidak senang dengan kehadirannya. Hal ini akan mewujudkan konflik dalam kumpulan tersebut.

4.2.5 Perpecahan Kumpulan


Kesan ini adalah kesan yang paling klimak dan penghujung kepada permasalahan yang wujud dalam kumpulan. Kesan ini mungkin berlaku setelah sesuatu perkara atau projek yang hendak dilakukan selesai. Perpecahan kumpulan ini adalah sebagai suatu langkah untuk menyelasaikan masalah yang wujud dan disamping itu dapat mengelakkan masalah ini daripada berterusan berlaku. Dengan itu, mereka dapat mencari ahli kumpulan yang “satu kepala” dengan mereka dan ini memungkinkan mereka tidak menghadapi masalah yang sama seperti mana yang dialami dalam kumpulan sebelum ini.


5.0 LANGKAH MENGATASI MASALAH DALAM KUMPULAN KECIL

5.1 Pastikan maklumat yang diterima oleh setiap ahli adalah betul.

Bagi mengelakkan masalah berlaku dalam kumpulan, seseorang ahli kumpulan perlu memastikan bahawa maklumat yang diterima oleh setiap ahli adalah betul. Keadaan ini boleh berlaku apabila terdapatnya perbezaan cara perbualan, terjemahan simbol ataupun bahasa badan. Hal ini akan menimbulkan masalah dalam kumpulan walaupun sebenarnya tiada perbezaan pandangan berkenaan isu yang dibincangkan.


Sebagai contoh terdapat rundingan diantara seorang usahawan Amerika Syarikat dengan seorang ahli perniagaan dari Bali. Semasa membincangkan berkenaan sebut harga projek usahasama yang diadakan, ahli perniagaan dari Bali tersebut telah merendahkan suara dan memandang kebawah. Selepas itu, usahawan dari Amerika Syarikat menganggap perbuatan itu sebagai tanda tidak jujur. Keadaan ini telah menimbulkan masalah diantara kedua-dua belah pihak. Perkara sebegini mampu dielakkan sekiranya kedua-duanya mengetahui tentang perbezaan budaya masing-masing.


5.2 Memberi Penjelasan Yang Baik

Akibat daripada permasalahan yang wujud, sesetengah individu akan mengalami masalah untuk berinteraksi dalam kumpulan. Hal ini akan menyebabkan ada individu yang tidak dapat memberi penjelasan yang baik tentang sesuatu perkara yang dibincangkan. Oleh itu setiap ahli perlu meningkatkan tahap komunikasinya agar dapat memberi penjelasan yang baik apabila sesuatu perbincangan dalam kumpulan di adakan. Kedaan ini akan meningkatkan tahap kesefahaman dan seterusnya mengukuhkan perhubungan diantara ahli.Memastikan setiap orang ada pendapat yang berlainan.

Setiap individu yang terlibat dalam masalah perlu memastikan bahawa mereka mempunyai pendapat yang berbeza berkenaan sesuatu isu. Kadangkala masalah berlaku bukan disebabkan perbezaan pendapat berkenaan isu yang dibincangkan tetapi disebabkan oleh tekanan perasaan yang dialami oleh ahli-ahli yang sedang melakukan perbincangan. Tekanan yang dihadapi akan bertukar kepada perasaan marah dan kebiasaannya kemarahan tersebut akan menimbulkan masalah dalam sesuatu kumpulan.

5.3 Mengenalpasti masalah dan kehendak sebenar setiap ahli.

Individu perlu menentukan masalah dan kehendak setiap ahli yang menimbulkan masalah. Seseorang itu perlu tahu konflik sebenar di sebalik masalah yang berlaku kerana konflik yang wujud semasa perbincangan mungkin bukan masalah sebenar. Misalnya seorang subordinat mengadu kepada majikannya berkenaan masa bekerja yang panjang. Majikan pula menganggap aduan itu sebagai konflik kepada subordinatnya tanpa mengkaji sebab sebenar aduan itu dibuat. Kebiasaannya, masalah sebenar selalu disembunyikan daripada pengetahuan pihak yang sepatutnya dan dalam kes ini, subordinat menyembunyikan daripada pengetahuan majikannya. Sekiranya ada antara ahli organisasi yang masih tidak berpuas hati selepas sesuatu masalah diselesaikan., bermakna punca sebenar masalah masih tidak diketahui. Apabila menyelesaikan sesuatu konflik hanyalah sesuatu masalah dasar dan tidak bermakna keseluruhan masalah diselesaikan.

5.4 Mengelak mengeluarkan komen atau kritikan yang boleh menimbulkan konflik.


Tidak dinafikan terdapat ahli yang suka mengkritik antara satu sama lain, namun setiap ahli perlu mengelak dari mengeluarkan komen atau kritikan yang boleh menimbulkan masalah kepada kumpulan. Hal ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada seseorang dalam kumpulan. Kadang-kadang, perkara yang sepatutnya senang untuk dibincangkan menjadi sukar kerana ada individu yang suka mengkritik dan tidak setuju dengan sesuatu pendapat orang lain. Oleh itu, individu perlu menukarkan komen atau kritikan menjadi satu soalan atau kenyataan yang positif apabila menyedari sedang mengeluarkan kritikan yang kurang sopan. Keadaan ini boleh mengelakkan daripada berlakunya masalah dalam kumpulan.

5.5 Meningkatkan Kesefahaman


Setiap ahli perlu meningkatkan kerjasama dengan saling bantu membantu dan memahami antara satu sama lain agar dapat meningkatkan kesefahaman dalam kumpulan. Keadaan ini dapat ditingkatkan dengan perkongsian dalam sesuatu perkara. Setiap individu dalam kumpulan perlu memahami individu lain, maka akan timbul perasaan ingin berkongsisesama ahli kumpulan. Biasanya ia berkaitan dengan sesuatu perkara yang dibincangkan dalam kumpulan. Contohnya, apakah masalah yang wujud, bagaimana untuk mengatasinya, siapa yang terlibat dan sebagainya. Masalah-masalah seperti ini akan dapat diselesaikan dengan mudah tanpa ada rintangan dan syak wasangka daripada orang lain dalam kumpulan itu apabila wujudnya kesefahaman antara ahli.

5.6 Menyediakan jalan penyelesaian dan mencari alternatif.

Setiap ahli perlu menyediakan jalan penyelesaian dan mencari alternatif untuk mengatasi masalah yang berlaku. Masalah berlaku apabila masing-masing hanya mengetahui satu jalan penyelesaian sahaja, keadaan ini akan menimbulkan kesulitan untuk mencari alternatif. Contohnya apabila anda menawarkan pelbagai jalan penyelesaian,hal ini akan menunjukkan bahawa anda bersedia untuk melihat jalan penyelesaian daripada sudut pihak-pihak yang terlibat. Oleh itu, pihak yang terlibat perlu memikirkan beberapa alternatif supaya konflik tidak berlarutan.


RUJUKAN

Joseph A. Devito (2002), Essentials of Human Communication 4ed, A Pearson Education company.

Zainuddin Zakaria & Ziadatul Hidayah zakaria (2006), Komunikasi efektif, PTS Publications & distributors sdn.bhd.

amin Hazya (2006), Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berkomunkasi, Perintis Books sdn. bhd.

Lago Colin (2006), Race, Culture & Conseling, The Outgoig challenge, Mc Grow-hill education, England.

negus keith & Micheal Pickering (2004), Creativity, Community and Cultural value, SAGE publications Ltd, london.

ATTRIBUTION (Sikap)

Adalah proses yang mana kita cuba untuk mengetahui mengapa manusia melakukan apa yang mereka kerjakan mahupun mengapa kita lakukan dan apa yang kita lakukan.
(Fiske & Taylor, 1984)

Ia juga merupakan satu cara kita cuba untuk menjawab soalan untuk mengetahui tentang kelakuan seseorang, personaliti atau penyebab kepada sesuatu situasi. Adalah menjadi tugas kita untuk menentukan samada penyebab kepada tingkahlaku sama ada faktor dalaman atau luaran.

Contoh

“Dalam peperiksaan percubaan SPM, cikgu Bahasa Inggeris memberikan markah ‘F’ kepada sebahagian daripada pelajar dalam kelas 5D bagi mata pelajaran berkenaan.”


FAKTOR ATTRIBUTION

A) Faktor Dalaman

Disebabkan oleh sifat diri individu itu yang sebenar. Ia juga turut melibatkan personaliti dan pengekalan terhadap suatu trait. Oleh demikian, dalam keadaan ini anda akan menaggung tanggungjawab atas tingkahlaku individu berkenaan.

Contoh :

Menyalahkan cikgu berkenaan kerana memberikan markah ‘F’ bagi sebahagian pelajar.(Beraggapan bahawa disebabkan masalah peribadi cikgu, banyak markah ‘F’ diberikan kepada pelajar).


B) Faktor luaran

Faktor terhadap tingkahlaku adalah berdasarkan kepada faktor situasi. Ia tidak bergantung kepada tanggungjawab seseorang terhadap tingkahlakunya.

Contoh :

Menyalahkan pihak jawatankuasa perperiksaan sekolah yang menetapkan “standard” yang terlalu tinggi untuk lulus bagi matapelajaran berkenaan.(Beranggapan bahawa standard markah yang ditetapkan oleh jawatankuasa perperiksaan sekolah tidak relevan).


Konsensus

Berlaku apabila fokus kepada prinsip consensus, anda bertanya, “ Adakah orang lain berkelakuan sama seperti orang yang menjadi tumpuan / yang difokus?”
Ini bermakna, adakah individu ini bertindak selaras dengan consensus secara umum? Jika jawapan TIDAK, anda lebih menganggap tingkahlaku berkenaan adalah disebabkan oleh faktor
dalaman.

Contoh :

"Tiada cikgu lain yang sanggup memberikan ‘F’ yang terlalu banyak kepada pelajarnya".


Konsisten

Kita bertanya kepada seseorang individu samada dia akan mengulang tingkahlaku yang sama dalam situasi yang sama. Jika jawapannya betul, tahap ketekalannya adalah tinggi dan tingkahlaku anda lebih kepada motivasi dalaman.


Tersendiri

Kita lebih memfokuskan kepada sifat tersendiri, kita bertanya jika seseorang bertingkahlaku yang sama dalam situasi yang berbeza. Jika jawapannya ‘YA’, kita dapat menyimpulkan bahawa tingkahlaku ini disebabkan oleh faktor dalaman. Sifat tersendiri yang rendah menunjukkan seseorang bertingkahlaku yang sama dalam situasi yang berbeza tetapi ia menunjukkan situasi tersebut tidak khusus.


Terkawal

Merujuk kepada tahap bagaimana kita fikir adakah individu itu berada dalam kawalan tingkahlakunya.
Persetujuan rendah, ketekalan tinggi, sifat tersendiri rendah dan kawalan yang tinggi mendorong kepada ciri-ciri faktor-faktor dalaman. Keputusannya, kita akan memuji atau menyalahkan seseorang terhadap tingkahlakunya.
Persetujuan yang tinggi, ketekalan yang rendah, sifat tersendiri yang tinggi dan kawalan yang rendah mendorong kepada ciri-ciri faktor luaran. Keputusannya, kita akan menilai seseorang itu bertuah atau tidak.

Contoh

Anda membuat temu janji dengan rakan anda untuk membuat perbincangan pada jam 8.00 p.m tetapi dia tiba jam 10.00 p.m.”
Alasan 1 : Saya ada kerja rumah yang perlu disiapkanterlebih dahulu.
Alasan 2 : Di kawasan rumah saya ada berlaku keskecurian, saya terpaksa membuat laporan polis.
Alasan 3 : Dalam perjalanan saya terlibat dalamkemalangan dan dihantar ke hospital



POTENTIAL BARRIER TO ATTRIBUTION

Masalah yang paling ketara dengan sesuatu tanggapan ialah kita hanya boleh membuat tekaan tentang tingkahlaku individu yang lain. Apabila anda sedar bahawa penilaian terhadap sesuatu perkara yang berdasarkan tekaan, anda akan lebih banyak mencari maklumat yang lebih lanjut sebelum bertingkahlaku dengan ciri-ciri yang berkesan. Tambahan lagi, proses tanggapan seringkali wujud sebagai pokok perbincangan kepada jenis bias dan kesilapan yang berbeza.


THE SELF-SERVING BIAS

Merupakan halangan kepada persepsi lain dan secara umumnya direka utk mengekal atau meningkatkan maruah diri seseorang. Apabila kita menilai tingkahlaku sendiri dgn menerima yang positif dan menafikan tanggungjawab kepada perkara negatif, anda menunjukkan bias kepada diri sendiri. Anda suka beranggapan bahawa tingkahlaku negatif adalah sesuatu yang diluar kawalan.

Contoh :

Suka beranggapan bahawa mendapat ‘D’ dalam ujian disebabkan soalan yg sukar berbanding kegagalan diri membuat persiapan menduduki peperiksaan.


THEE FUNDAMENTAL ATTRIBUTION ERROR

Merupakan sesuatu yang amat sukar untuk di buat. Ia di pengaruhi oleh faktor dalaman (internal) yang overvalue dan faktor luaran (external) yang undervalue. Pengukuhan salah tanggapan yang paling kecil berlaku adalah disebabkan oleh pengaruh budaya.

Contoh :

Org US akan melakukan apa yang mereka nak lakukan dan tidak dipengaruhi oleh org lain. Tp, org India akn menjelskan kenapa kawan-kawan mereka melakukan apa yang mereka sedang buat (pemberatan kepada external factor).
Org US ada sedikit keraguan dalam menjlelaskan perihal tingkah laku manusia, manakala org India pula tidak suka untuk menjelaskan tentang tingkah laku manusia dalam bentuk istilah penytaan.



OVERATTRIBUTION

Menganggap semua yang individu lakukan kepada satu atau dua kriteria kepada beberapa sifat yang lain.
Kebanyakan tingkahlaku dan kriteria personaliti merupakan hasil bagi pelbagai faktor. Walau bagaimanapun, ia hampir-hampir satu kesilapan memilih satu faktor dan tanggapan segalanya mengenai perkara tersebut.